|
PENGAIRAN DAN SALIRAN
PERTANIAN
Membangun, mengendali dan
menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan, saliran dan
tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai
bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian,
khususnya bagi faedah sektor pekebun-pekebun dan
petani-petani kecil.
SALIRAN DAN TEBATAN BANJIR
Mengkaji, merancang dan
melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar
bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di negeri ini
bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan
kerosakan harta benda.
KEJURUTERAAN SUNGAI
Mengkaji, merancang dan
melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan
sungai-sungai di Negeri Pahang bagi penduduk-penduduk
luar bandar dan bandar dengan melindungi nyawa, harta benda
dan kawasan-kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan
rekreasi di sepanjang koridor sungai.
KEJURUTERAAN PANTAI
Memungut data-data mengenai
kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi kegunaan
pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan
rekabentuk projek-projek spesifik dan untuk tujuan
penyelidikan. Menjalankan kerja-kerja mengawal dan mencegah
hakisan pantai.
HIDROLOGI DAN SUMBER AIR
Mengumpul data hidrologi
diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan
pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai
jabatan dan agensi kerajaan.
KHIDMAT NASIHAT DAN SOKONGAN
Memberi ulasan terhadap
permohonan pembangunan perumahan, menukar syarat kegunaan
tanah, mengeluarkan tanah bukit dan perkara-perkara lain
yang terlibat dengan Enakmen Air. Melaksanakan kerja-kerja
kejuruteraan awam / bangunan untuk agensi lain di bawah
Kementerian Pertanian.
|