| M. PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK |
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41):
Bertanggungjawab merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam
mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan,
ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan
dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri
(termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/pertahanan negara serta
pengurusan teknologi maklumat.
Pembantu Akauntan (W17):
Bertanggungjawab mengemaskini buku vot, penyelenggaraan panjar wang runcit,
menyemak akaun dan menyemak penyata penyesuaian bank.
|
N. PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN
SOKONGAN |
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N17):
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi
tugas jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan
fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan
baucer/penyata gaji dan lain-lain yang berkenaan.
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) (N17):
Bertanggungjawab mengambil trengkas, menaip dan menguruskan pergerakan
fail.
Pembantu Tadbir Rendah (N11):
Bertanggungjawab menerima dan menyambung panggilan masuk dan keluar semua
kakitangan, membuat laporan kerosakan dan membuat senarai panggilan jauh
(private trunk calls) yang dibuat oleh kakitangan.
Pembantu Am Rendah (N1):
Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pegawai-pegawai, membuat
tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang difotostat, mengangkat
barang-barang/alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas
dan menyusun atur bilik mesyuarat/bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.
|
J. PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN |
Pembantu Teknik (J29):
Awam: Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek bangunan
kerajaan dan jalan raya-jalan raya serta kerja penyelenggaraan, merancang
strategi pelaksanaan operasi serta penjadualan kerja-kerja, membahagi
kerja serta membimbing kakitangan mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan,
menyelenggara serta membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan yang
diluluskan dan membantu tugas-tugas mendraf plan, lukisan teknikal dan
pelan lay-out.
Elektrik:
Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja elektrik
yang merangkumi kerja-kerja pendawaian, pengawasan tehadap pelaksanaan
sesuatu projek penyelengaraan atau pembangunan kerajaan yang berkaitan
dengan perkakasan/peralatan elektrik serta menentukan kerja-kerja tersebut
dilaksanakan dengan teratur.
Elektronik: Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pemasangan,
pembaikan dan pengubahsuaian alat-alat perhubungan di kementerian/jabatan.
Mekanikal: Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja kejuruteraan
mekanikal seperti membaik pulih enjin bagi semua jenis kenderaan berat
dan ringan, menentukan kualiti alat ganti, membantu jurutera mekanikal
membuat anggaran kerja, membuat pelupusan terhadap kenderaan atau peralatan
mekanikal yang tidak ekonomik dan menyelia pekerja-pekerja bawahan yang
berkaitan.
Seni Bina: Bertanggungjawab melawat dan menyiasat kesesuaian
tapak binaan, menyediakan lukisan lakar dan membantu tugas-tugas arkitek
sebagaimana yang diarahkan.
Ukur Bahan: Bertanggungjawab membuat anggaran pengukuran
ke atas bangunan dan kerja-kerja lain untuk penyediaan anggaran permulaan.
Mengambil ukuran secara lukisan untuk tujuan menyediakan senarai bahan
dan penyediaan tender dan naskah meja tender untuk kontrak utama dan kontrak
kecil.
Juruteknik (J17):
Awam: Bertanggungjawab mengawas dan menyediakan kerja-kerja
pembinaan di tapak bina, memberi anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan
berkenaan.
Elektrik: Bertanggungjawab membantu mengendalikan kerja-kerja
pemasangan elektrik, janakuasa dan power station, memastikan kontraktor
menggunakan bahan bermutu yang ditetapkan dan menyelia kerja di tapak
projek.
Elektronik: Bertanggungjawab menyelenggara dan membaiki
peralatan yang canggih dan menentukan alat yang baik dan terjamin. Membantu
dan bertanggungjawab mengenai peralatan elektronik dan sebagainya serta
menyediakan laporan teknikal berkaitan peralatan yang dikaji.
Mekanikal: Bertanggungjawab menyelia kerja-kerja baik pulih
dan senggaraan kenderaan jabatan, loji mesin dan peralatan pejabat serta
kerja-kerja teknik serta melaksanakan kerja pengawasan peralatan pesanan,
pembelian dan pelupusan peralatan jabatan (bengkel/stor).
Seni Bina: Bertanggungjawab untuk membantu kerja-kerja
penyelenggaraan ke atas peralatan pameran, membaiki peralatan pameran
dan membantu menyelenggara bengkel supaya berkeadaan baik, selamat digunakan,
bersih dan tersusun rapi.
Ukur Bahan: Bertanggungjawab menyemak dan menyelenggara
dokumen kontrak asal, meja tawaran kontrak, bayaran kemajuan kerja dan
tuntutan kontraktor. Menyemak polisi-polisi insuran, kadar harga, jaminan
bank, penyediaan kos bahan-bahan binaan dan sebagainya.
Pelukis Pelan (J17):
Bertanggungjawab menyurih dan menyediakan lukisan-lukisan (pelan) dengan
penentuan-penentuan yang lengkap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Jurutera (J41):
Awam: Bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan dan
pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek
kejuruteraan.
Elektrik: Bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan
dan pembaikan ke atas semua sistem bekalan elektrik dan alat kelengkapan
elektrik.
Elektronik: Bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan
dan pembaikan ke atas semua alat kelengkapan yang berkaitan di kementerian/jabatan.
Mekanikal: Bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan
dan pembaikan ke atas semua alat kelengkapan mekanikal.
Juruukur Bahan (J41):
Bertanggungjawab membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan
untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.
Merinyu Tali Air (J17):
Bertanggungjawab kepada Pembantu Teknik bagi pemeliharaan dan pengendalian
semua skim-skim tali air di bawah kawalannya.
|
R. PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH MAHIR/TIDAK
MAHIR |
Pekerja Rendah Awam (PRA) (R1):
Bertanggungjawab menyelenggara kebersihan kawasan/bangunan pejabat, menanam
dan menjaga pokok, membaja, mencantas pokok, meracun rumput dan melakukan
tugas-tugas menyusun pokok-pokok berpasu untuk hiasan dalaman.
Pekerja Rendah Awam Khas (PRAK) (R3):
Bertanggungjawab dalam penyeliaan semua tugas Pekerja Rendah Awam termasuk
menyelenggara kebersihan bangunan dan kawasan di persekitaran bangunan
serta menanam pokok-pokok dan menjaga hiasan dalaman.
Pemandu Kenderaan Bermotor (R3):
Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan kenderaan dalam keadaan bersih,
baik, memandu kenderaan dalam keadaan selamat, mencatatkan pergerakan
kenderaan ke dalam buku log dan melaporkan sebarang kerosakan/kemalangan
kepada pegawai penjaga.
Operator Loji (R3):
Bertanggungjawab menjalankan pam air, chlorinator motor, soda injector
dan jentera pembancuh ubat serta mengambil bacaan air kolam renang dan
kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam di kolam renang.
Tukang K2 (R22):
Bertanggungjawab menentukan mesin-mesin di bengkel sentiasa berjalan
lancar, membaiki mesin-mesin yang mengalami kerosakan kecil serta menyelenggara
dan memeriksa mesin-mesin supaya berada dalam keadaan yang memuaskan.
Tukang K2 (R11):
Bertanggungjawab membantu juruteknik dalam tugas-tugas pengawalan ke
atas penyelenggaraan sistem perkhidmatan bangunan, mengendali tugas-tugas
penyelenggaraan, rawatan dan pembaikan pam-pam air/najis, mesin-mesin,
plumbing dan peralatan teknikal, membaiki sistem paip dan tangki air.
Jaga (R1):
Bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan dan bangunan pejabat, meronda
di sekitar kawasan di bawah kawalan dan mencatatkan rekod keluar masuk.
|