|
Salam Sejahtera dan Selamat
Datang ke Laman Web JPS Pahang. Saya ingin mengalu-alukan para pengguna
sekalian untuk menafaatkan Laman Web JPS Pahang untuk mendapatkan maklumat
Jabatan ini dari masa ke masa.
Laman ini kami harapkan akan menjadi
penghubung antara kami dan para pelanggan sekalian khususnya kepada pelanggan-pelanggan
yang sentiasa berurusan dengan kami. Langkah ini juga diharapkan dapat
memudahkan pelanggan dan menjimatkan masa anda.
Kami sentiasa prihatin dengan kehendak
pelanggan dan berusaha memenuhi keperluan anda. Oleh itu, maklumbalas dari
anda dalam usaha untuk mempertingkatkan dan mempercepatkan lagi kualiti
perkhidmatan Jabatan kami disamping meningkatkan lagi kemudahan dan keperluan
maklumat dalam laman web ini dialu-alukan dan dihargai.
Dengan ini kami harapkan hubungan kami
dengan anda akan sentiasa terjalin berterusan dan mesra.
Sekian terima kasih.
Tn. Hj. Abdul Malek bin Dollah
Pengarah Pengairan dan Saliran
Negeri Pahang Darul Makmur
|