|
Pengenalan Banjir
Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab
ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh
Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke
tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah
banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat
akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan
oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan
yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian
banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan
guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan
aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.
Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa
kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira
29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang
18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan
akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada
tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani
masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek
tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya
sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama
yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu
untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.
Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap
sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Berikut
adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitakan oleh Jabatan Pertahan
Awam serta gambar-gambar kartun yang mudah difahami untuk dijadikan:
Sebelum Banjir
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
Selepas Banjir
Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
Gambar-gambar Kartun Persediaan Menghadapi Banjir
Gambar Kartun Peranan JPS Menghadapi Banjir
--------------------------------------------------------------------------------
Sebelum
Banjir
-
Dapatkan maklumat
tentang banjir di tempat anda.
-
Pastikan sistem
amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
-
Periksa lubang
air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup
rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
-
Pastikan pusat
pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan
kecemasan.
-
Sediakan Peralatan
Kecemasan.
-
Pastikan seluruh
ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Sebelum
Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
-
Dengar pengumuman
dari radio.
-
Penuhkan tong,
bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi
kotor.
-
Bawa masuk perabot
atau perkakas di luar rumah.
-
Letakkan dokumen
penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
-
Bersedia untuk
menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
-
Beritahu jiran
anda dan bersedia untuk berpindah.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Semasa Banjir
- Di Dalam Rumah
-
Dengar pengumuman
dari radio.
-
Bersedia dengan
peralatan kecemasan.
-
Jika diarahkan
keluar dan berpindah, segera lakukan.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Semasa Banjir
- Di Luar Rumah
-
Pergi ke tempat
yang tinggi dan selamat.
-
Elakkan dari melalui
kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
-
Jangan sengaja
bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
-
Jangan sentuh mana-mana
kabel atau wayar yang jatuh.
-
Awasi kanak-kanak,
jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
-
Jangan minum air
banjir.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Semasa Banjir
- Di Dalam Kenderaan
-
Jangan terus mengharungi
kawasan banjir, berpatah balik.
-
Jika kenderaan
anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang
selamat.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Semasa Banjir
- Semasa Pemindahan
-
Apabila menerima
arahan, segeralah berpindah.
-
Berpindah awal
sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
-
Ikut laluan yang
ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Selepas
Banjir
-
Dengar pengumuman
radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
-
Beri bantuan kepada
jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang
cacat).
-
Periksa rumah anda,
lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
-
Jangan terus memasuki
rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Selepas
Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
-
Pakai kasut.
-
Periksa kerosakan
dinding, lantai, pintu dan tingkap.
-
Periksa sebarang
tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk
mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
-
Perhatian siling
dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Kembali ke
atas
--------------------------------------------------------------------------------
Selepas
Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
-
Periksa paip saluran
gas yang mungkin pecah atau bocor.
-
Periksa wayar elektrik
yang terendam dalam air.
-
Periksa peralatan
elektrik yang tenggelam.
-
Periksa bahan-bahan
mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol,
disel dan sebagainya).
-
Buang bahan-bahan
makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
-
Periksa kerosakan
tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
-
Laporkan sebarang
kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
Kembali ke
atas
|