|
Sejarah penubuhan JPS berputik
di awal abad ke-20. Pada tahun 1913, telah ditubuhkan sebuah
cawangan di dalam Jabatan Kerja Raya ( semasa itu disebut
sebagai JKR) yang dinamakan Cawangan Taliair untuk menangani
penyelidikan hidrologi. Cawangan ini dirombak pada tahun
1920, dan dinamakan setahun kemudiannya sebagai Cawangan
Hidraulik, JKR. Bidang tugas Cawangan ini menjadi lebih
meluas daripada sebelumnya, yang turut melibatkan
kerja-kerja ukur dan penyelidikan dalam usaha pemeliharaan
sungai.
|
 |
|
Keadaan
Banjir di Padang Kelab Selangor tahun 1902 |
Perbincangan tentang perlunya
ditubuhkan sebuah jabatan berasingan untuk menjayakan
kerja-kerja pengairan dan saliran bermula secara serius pada
tahun 1930. Pada tahun yang sama, kerajaan membentuk "Jawatankuasa
Penanaman Padi" yang bertujuan untuk memikirkan tentang "Apakah
langkah-langkah terbaik yang patut diambil untuk
menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu". Jawatankuasa
tersebut menyerahkan laporan mereka pada tahun 1931 dan di
dalam laporan tersebut dinyatakan "Bergantung penuh kepada
padi import adalah punca bahaya" dan jesteru itu "beberapa
langkah baru perlu diambil untuk meningkatkan keluasan
penanaman padi yang diharap menjadi benteng terhadap
kemungkinan berlakunya krisis akibat kekurangan makanan pada
masa akan datang.
Salah satu saranan utama laporan
"Jawatankuasa Penanaman Padi" ialah tentang perlunya
menubuhkan sebuah agensi yang bertanggungkawab dengan
masalah pembangunan air dan daratan, yang sebelum ini adalah
tanggungjawab Unit Hidraulik, Jabatan Kerja Raya. Laporan
tersebut membuahkan hasil pada tahun 1932 dengan
terbentuknya satu jabatan baru yang dinamakan Jabatan Parit
dan Taliair (JPT) yang mempunyai kuasa eksekutif di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta bersifat penasihat
untuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pada tahun-tahun awal
penubuhannya, JPT beribu pejabat di Bangunan Suleiman, Kuala
Lumpur. Pada tahun 1961 ia berpindah ke Bangunan JPS yang
ada sekarang ini yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur.
|
 |
|
Bangunan
JPS Malaysia semenjak Tahun 1961 hingga kini |
ERA PEMBANGUNAN
Tiga fungsi utama JPT, iaitu
pengairan, saliran pertanian dan pemeliharaan sungai telah
dilaksanakan selama empat empat dekad tanpa sebarang
perubahan sehingga tahun 971 berikutan banjir yang banyak
merosakkan harta benda di seluruh negara pada bulan Disember
1971. Berikutan dengan ini pencegahan banjir dan hidrologi
telah disenaraikan sebagai fungsi tambahan Jabatan. dengan
demikian, sejak tahun 1972, pencegahan banjir menjadi salah
satu daripada tanggungjawab utama JPT dan dengan ini
terbentuklah BAHAGIAN HIDROLOGI.
|
 |
|
Keadaan
Banjir di Bandar Kota Bharu tahun 1967 |
|
 |
|
Keadaan
Banjir di Ibupejabat Kerajaan Selangor tahun 1921 |
Pada tahun 1986 BAHAGIAN
KEJURUTERAAN PANTAI ditubuhkan. Selain melaksanakan
tanggungjawab menjaga dan mengurus pantai sepanjang
4,800km, Bahagian ini juga mengumpul data tentang hakisan
pantai sebagai usaha pengurusan dan pencegahan kerosakkan
yang lebih mantap.
Pada 15 Mac 1989, Jabatan
ini yang sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Parit dan
Taliair bertukar nama kepada Jabatan Pengairan dan
Saliran. Penukaran nama tersebut dirasakan perlu
berdasarkan penggunaan bahasa melayu yang betul, dan juga
bagi mencerminkan tanggungjawab dan fungsi tambahan jabatan.
Pada tahun 1992, JPS
melancarkan logo barunya.
|
 |
 |
 |
|
1932 - 1989 |
1989 - 1992 |
1992
- hingga kini |
Pada tahun 1990,ekoran daripada
"Persidangan Sungai dan Pengurusan Sungai" yang diadakan
pada tahun 1988, dan perbincangan berikutnya oleh
Jawatankuasa Bertindak Khas dan Pengurusan, maka BAHAGIAN
KEJURUTERAA SUNGAI ditubuhkan.
Tahun 2000 memperlihatkan
perubahan yang ketara di dalam Jabatan. Bidang tugas utama
dirombak semula untuk menggambarkan pentingnya air dalam
sektor pertanian dan penghasilan makanan, keperluan untuk
melindungi harta benda dan nyawa daripada ancaman air sungai
dan laut, penggunaan air dalam meningkatkan kualiti
persekitaran serta pengurusan air sebagai sumber negara.
Penambahan tanggungjawab baru tersebut telah diagihkan
kepada pelbagai bahagian.JPS masa kini terdiri daripada lima
Bahagian utama iaitu :-
Sebagai tambahan kepada lima
bahagian utama, beberapa bahagian sokongan telah dibentuk,
kebanyakkannya dalam tahun 1990an bagi membolehkan JPS
menjayakan projek-projek seiring dengan pembangunan negara.
Bahagian-bahagian sokongan ialah :-
|