Hubungi Kami  Buku Pelawat  Soalan Lazim  Sudut Borak  Aduan  Peta Laman  English | Bahasa Melayu
 Kenali Kami  Perkhidmatan  Alamat, Telefon, Fax & Emel  Undang-undang & Polisi  Penerbitan  Jaringan  Lokasi
muka utama  |
 
    PROGRAM SATU NEGERI SATU SUNGAI
  Latar Belakang  |  Perancangan ProgramStatus Perlaksanaan  |  Peruntukan RMK9Aktiviti Gambar

LATAR BELAKANG

 1.        TUJUAN KERTAS

 

Sungai sebagai nadi sumber air semulajadi negara boleh menimbulkan bencana dan malapetaka akibat daripada kecuaian manusia dan kejadian semulajadi jika tidak diuruskan dengan sempurna. Oleh itu Program Satu Negeri Satu Sungai diujudkan bagi memastikan sungai adalah satu aset yang bernilai serta mencapai objektif seperti yang digariskan di bawah iaitu;

I.

Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan bernilai dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015.

II.

Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi.

III.

Untuk memastikan sungai bebas dari banjir dan sampah sarap.

Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai konsep dan pelaksanaan program ke arah memastikan eko-sistem serta persekitaran sungai dipertahan dan dipelihara.

 

2.         LATARBELAKANG

 

2.1       Isu & Masalah

 

Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi telah mengubah gunatanah untuk menampong keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Penukaran gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai.

 

Maka berlakulah situasi di mana pelbagai masalah bersabit dengan sungai berlaku seperti banjir, pencemaran/kemerosotan kualiti air, kekurangan sumber air, hakisan tebing/dasar sungai, persoalan institusi (persempadanan kawasan pentadbiran) masalah setinggan,  dan undang-undang untuk mengurus sungai.

 

Punca-punca kepada masalah yang dikenalpasti ialah;

 

a.

pembangunan tanah yang kurang mengambilkira pemeliharaan alam sekitar seperti pembalakan, pertanian, perumahan, industri, perniagaan dan lain-lain,
   

b.

sampah sarap, sisa buangan domestik daripada kawasan perumahan, perkampongan, setinggan dan lain-lain penempatan,
   

c.

Sisa buangan racun/kimia dari kawasan pertanian dan industri serta kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna,
   

d.

sisa sembelihan dan najis binatang,
   

e.

buangan minyak daripada bengkel-bengkel kenderaaan,
   

f.

buangan daripada pasar basah/restoran/gerai,
   

g.

pencerobohan rizab sungai dengan perbagai aktiviti
   

h.

perlombongan (pasir, galian, dan lain-lain).
 

kembali

3.         KONSEP PROGRAM

 

Konsep Satu Negeri Satu Sungai adalah bertujuan untuk menukar keadaan sungai yang kotor kepada satu keadaan sungai yang bersih seperti Rajah 1 di bawah;

 

Rajah 1: Konsep Satu Negeri Satu Sungai.

 

 

 

                        Sekarang                                                                             Masa Hadapan

               Sungai yang kotor                                                                     Sungai yang bersih

               Sungai yang mati                                                                        Sungai yang hidup

               Sungai yang sepi                                                                   Sungai yang semulajadi

                                                                                                              dan meyokong pelbagai

                                                                                                                         kehidupan

 

 

 

 kembali

4.         PELAKSANAAN PROGRAM

 

4.1.      Strategi Pelaksanaan

 

Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar serta mencapai obektif seperti mana yang digariskan, maka beberapa penentuan ke atas perkara-perkara seperti apakah yang hendak ditukar dan bagaimanakah nak menukarnya perlu dihuraikan secara lebih terperinci bagi mengatasi sebarang halangan yang bakal ditempuhi.

 

Tambahan daripada itu juga, strategi pelaksanaan yang digariskan perlu mengambilkira langkah-langkah pengawalan berpandukan kepada pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM), yang mana merupakan satu kaedah pengurusan yang terbaik, yang menggunakan kaedah Pencegahan Sungai (Preventive Measures), Pemulihan Sungai (Curative Measures) dan Pengurusan (Management).

 

kembali

 

5.         KRITERIA PEMILIHAN

 

Program Satu Negeri Satu Sungai telah mensyaratkan setiap negeri untuk memilih satu sungai di setiap negeri untuk dipulihkan.  Pemilihan ke atas sungai-sungai berkenaan di buat berdasarkan kepada beberapa faktur selepas mengambil kira keupayaan kakitangan yang terhad di setiap negeri dan juga tahap kepakaran kakitangan tersebut.

 

Namun kriteria utama pemilihan ialah perlu memilih sungai antara yang tercemar  di dalam negeri tersebut serta pemilihan tersebut mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri . Senarai sungai yang dipilih adalah seperti Jadual 7 di bawah;

 

Jadual 7: Senarai-Senarai Sungai.

 

BIL.

 

NEGERI

 

NAMA SUNGAI

PANJANG SUNGAI

(km)

LUAS LEMBANGAN (km2)

 

1.

Perlis

Perlis

9.5

505

2.

Kedah

Sungai Petani

12

37.5

3.

P. Pinang

Pinang

3.1

37.5

4.

Perak

Kinta

20

555

5.

Selangor

Penchala

12

14

6.

W. Persekutuan

Penchala

12

14

7.

N. Sembilan

Temiang Diversion

9

34

8.

Melaka

Melaka

39

608

9.

Johor

Skudai

52.8

325

10.

Pahang

Galing

7

22.65

11.

Terengganu

Hiliran

5.5

6.4

12.

Kelantan

Lubok Mulong

10

25

13.

Sarawak

Bintagor

-

-

14.

Sabah

Papar

60

770

kembali

6.                  KESIMPULAN

 

Sungai sebagai salah satu aset negara yang bernilai (bukan satu bebanan ‘liability’) dan perlu dipelihara.  Sekiranya sungai diurus dengan baik, ianya akan memberi pulangan dan menjana ekonomi negara. Oleh itu program pemulihan dan pengurusan sungai perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesempurnaan ke atas regim sungai dan persekitarannya.

 

Pengurusan sungai secara bersepadu yang melibatkan semua lapisan masyarakat dan ‘stakeholders’ adalah satu fokus utama kearah pencapaian matlamat tersebut.

 

Hubung-kait antara kuantiti, kualiti dan persekitaran terutamanya alam sekitar perlu dititikberatkan dan diseimbangkan di dalam proses pengurusan dan pembangunan sesuatu lembangan sungai.

 

 

HUBUNGI KAMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

TINGKAT 8, KOMPLEKS TUN RAZAK, BANDAR INDERA MAHKOTA 25626 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

TEL : 609-5733100 / 5733966 / 5734546      FAX : 609-5733440 / 5732676

EMEL : pro@jpsphg.gov.my  @  webmaster@jpsphg.gov.my   

hak milik terpelihara @ jpspahang 2005